Kedai Online : Aina Zahra Group ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jual beli produk yang dikeluarkan oleh Aina Zahra Group. Pihak kami mengalu-alukan maklum balas, komen dan kritikan yang membina untuk proses penambahbaikan bagi terbitan dan pengeluaran produk yang seterusnya. Sebarang cadangan dan komen, sila emailkan kepada: az.mediapublication@gmail.com.

Wednesday, 23 October 2013

Panduan lengkap dan bergambar PENGURUSAN JENAZAH

Persiapan menghadapi kematian. Alangkah indah dan beruntungnya kalau kematian kita diuruskan dengan sempurna, tambahan pula diuruskan oleh ahli keluarga sendiri. Namun, adakah kita mengetahui kaedah dan cara pengurusan jenazah yang betul dan selari dengan syariat Islam? Anda perlukan bahan bacaan ilmiah dan rujukan yang sempurna dan mudah difahami?




ISBN     : 978-967-12205-0-4
RM 55.00 Semenanjung Malaysia
RM 65.00 Sabah dan Sarawak

Aina Zahra Media Publication telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan ilmiah di Perpustakaan Awam, Sekolah, Masjid dan Surau di Malaysia. Penerbitan buku seumpama ini adalah julung-julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Buku yang berteraskan pendedahan sempurna terhadap disiplin ilmu Fiqh Jenazah beserta soal jawab yang berkaitan hukum hakam pengurusan Jenazah.

"Buku Panduan Lengkap dan Bergambar, PENGURUSAN JENAZAH Menurut al-Quran, as Sunnah, Ijma’ dan Qiyas ini ditampilkan dalam bentuk yang sangat menarik, berketrampilan di samping kaedah penyampaian melalui gambar yang sangat mudah untuk difahami oleh segenap lapisan. Pihak kami terpanggil untuk menerbitkan bahan bacaan ilmiah ini berdasarkan permasalahan yang seringkali berlaku mutakhir ini memandangkan kurangnya pelapis ahli atau individu yang terlibat dalam menguruskan jenazah termasuk ahli keluarga jenazah sendiri kerana kekurangan ilmu, bahan rujukan dan tidak memahami kaedah pengurusan jenazah yang sempurna." 

Untuk makluman pembaca, buku ini telah disemak oleh panel syariah yang dilantik. Panel Syariah yang dilantik adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan akademik dan juga sangat berpengalaman serta seringkali menjadi rujukan kepada garis panduan Syariah Islam di Malaysia. Panel syariah buku ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Salleh bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Kajian Syariah Malaysia.

“Kifayah Tanggungjawab Semua”